Mengapa ustaz tidak mahu mengikut jamaah tabligh

Sumber : Al Hakam Online (http://ahkam.hypermart.net/index2.html)


 Nama penuh:     Md Tasyrif B. Abdul Rahman
 E-email:        Mdtasyrif@hotmail.com
 Daerah: Maebashi
 Negeri: Gunma  (Japan)
 Pekerjaan&jawatan/penuntut:     Penuntut
 Majikan/jabatan/univ/sekolah:   Gunma University , Japan

Saya sering mengikut seorang yang agak kuat tablighnya disini. Jika di Malaysia orang akan sebut orang tabligh.Dan juga jika di Malaysia,saya lihat orang agak kurang senang dengan orang2 tabligh ini. Padahal mereka buat kerja2 yang baik. Saya juga bukanlah orang yang kuat tabligh,tapi hanya ingin tahu kenapa orang tak suka tabligh lah saya sering keluar denga tabligh disini.Di Jepun pun kerana asebab mereka2 inilah banyak terdirinya masjid disini. Cuma saya ingin tahu kenapakah saya lihat
ustaz2 di malaysia tak ramai yang sertai tabligh padahal ianya baik.Dan apa yang ingin saya tahu lagi,Jika tabligh ada kekurangan yang harus kita jauhi.Apakah sebabnya. Tolonglah jawab soalan ini dengan terperinci kerana sudah hampir 3 tahun persoalan ini bersarang dihati saya hingga ada satu ketika itu rambut saya banyak yang gugur.

 


Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Semoga Allah merahmati dan memberi kemudahan kepada saudara-saudara kita dari jamaah Tabligh luar dan dalam negeri yang sedang menyebarkan dakwah.

Di tempat kami ini, di Pondok Penanti merupakan salah satu dari markaz Tabligh yang terdapat di Malaysia. Namun ia tidak ada kena mengena dengan pentadbiran pondok.Ada juga sebahagian dari para pelajarnya  yang keluar mengikut jamaah tabligh pada waktu cuti. Dan seorang dua dari tenaga pengajarnya juga terbabit dengan gerakan dakwah tabligh. Dan Tuan Guru Hj Saleh bin Syeikh Osman Jalaludin merupakan salah seorang dari mereka yang terbabit dengan dakwah ini.

-----------
Soal: Saya juga bukanlah orang yang kuat tabligh,tapi hanya ingin tahu kenapa orang tak suka tabligh lah saya sering keluar denga tabligh disini.

Jawab: Begitu juga dengan orang tabligh ada yang tidak suka dengan cara jamaah/kumpulan dakwah lain. Ini perkara lumrah. Cuma amat dikesalkan sekali kerana terdapat juga segelintir dari masyarakat kita membenci usaha jamaah tabligh atas dasar dirinya yang memang tidak suka kepada kebaikan. Mereka mempamerkan sikap anti kepada Islam.

Jika sekadar tidak setuju dengan pendekatan dakwah yang digunakan oleh Tabligh, itu perkara lumrah. Sebagaimana sebahagian orang tabligh yang tidak bersetuju dengan pendekatan jamaah lain.

------------------
Terdapat nash-nash di dalam al-Quran dan al-Sunnah mengenai pensyariatan amar makruf nahi munkar atau tugas dakwah. Ulamak Ahlus Sunnah berpendapat bahawa Amar makruf Nahi munkar adalah fardu kifayah. Manakala golongan muktazilah mengatakannya sebagai fardu ain. (lihat: http://ahkam.hypermart.net/firqah/muktazilah.html)

Perkara pokok ialah, tugas dakwah amar makruf nahi munkar adalah disyariatkan. Bagaimana caranya? Itu terpulang kepada keadaan dan zaman. Ada yang melakukannya secara bersendirian. Ada yang secara berkumpulan. Ada yang menggunakan lidah. Pena. Kuasa... dsbnya.

Jamaah Tabligh menggunakan pendekatan yang begitu. Jamaah lain, lain lagi caranya, seperti jamaah bla... bla... bla... dll.

Ini bermakna yang menjadi masalah yang sering ditimbulkan antara jamaah-jamaah ialah mengenai cara dan pendekatan yang digunakan.

Bermakna lagi, ia adalah masalah cabang bukan masalah pokok. Masalah pokoknya ialah, apakah amar makruf nahi munkar ini disyariatkan ataupun tidak? Bila sepakat kata menerima bahawa ia disyariatkan, maka timbul persoalan... Bagaimana caranya? Itulah dia masalah cabang.

----------------
Namun begitu, di sana terdapat suatu masalah yang perlu disepakati bersama terutama sekali yang membabitkan masalah umat Islam. Adakalanya ia membabitkan masalah aulawiyaat dsbnya.. Apabila berhadapan dengan masalah seperti ini, sepatutnya para jamaah Islam berdiri di satu titik yang sama.

Antara contohnya, ketika umat berhadapan dengan cengkaman dan tekanan dari puak sekular atau kezaliman ke atas umat, maka tidak ada jalan lain dan tiada pilihan lain melainkan dengan cara membulatkan tenaga dan bersatu.

----------------
Soal: Di Jepun pun kerana asebab mereka2 inilah banyak terdirinya masjid disini..
Jawab: Itulah kelebihan jamaah tabligh. Semoga ALlah melimpahkan rahmatNya.

-------------
Soal:Cuma saya ingin tahu kenapakah saya lihat ustaz2 di malaysia tak ramai yang sertai tabligh padahal ianya baik.Dan apa yang ingin saya tahu lagi, Jika tabligh ada kekurangan yang harus kita jauhi. Apakah sebabnya?

Jawab:
Sebagaimana yang kami jelaskan di atas... Tidak perlu risau, kerana ia bukan membabitkan soal asas ajaran Islam, tetapi soal cabang.

Melibatkan masalah pemilihan antara yang baik dan yang terbaik. Bukan masalah yang halal dan yang haram.

Baiklah, jika saudara mengatakan bahawa cara tabligh adalah satu-satunya cara yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, ia adalah cara yang kita mesti ikut...

Jawab: Tidak semestinya apa yang Rasulullah s.a.w. lakukan dalam soal hukum, kita wajib ikut. Ada juga yang kita tidak wajib ikut. Contoh, sembahyang sunat dsbnya. Ada juga yang kita haram ikut. Contoh kahwin sembilan. Ada juga yang Rasulullah serahkan kepada kita, mahu yang bagaimana.. Contoh: Strategi perang, dakwah dsbnya.

Apatah lagi dalam soal-soal yang berkaitan dengan keduniaan, strategi dan pendekatan. Sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak samasekali menyempitkan persekitarannya sehingga kita jadi hilang daya kreativiti untuk melakukan sesuatu yang terbaik berdasarkan keadaan dan zaman.

----------------------
Baiklah, jika kita andaikan bahawa cara tabligh itu benar-benar dari Rasulullah s.a.w. dan wajib diikuti, bermakna setiap kali perang kita juga wajib menggali parit. Guna pedang. Naik kuda dsbnya.

Kerana kesnya sama. Yang pertama dakwah. Yang kedua perang fi sabilillah.

Apakah saudara setuju bahawa dalam peperangan kita tidak semestinya menggunakan sebiji-sebiji apa yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w.?

Jika setuju, bermakna secara automatik saudara juga mengakui bahawa dalam berdakwah juga begitu. Saudara secara tidak langsung mengakui bahawa dalam pendekatan amar makruf nahi munkar tidak semestinya mengikut sebagaimana Rasulullah.

Jika saudara jawab tidak setuju.. Bermakna saudara secara automatik mengakui, bahawa dalam peperangan kita mesti pakai pedang, kuda dsbnya.....

-------------
Soal: Mengapa ustaz-ustaz tidak ramai sertai tabligh?
Jawab: Berkemungkinan mereka berpendapat bahawa cara dan pendekatan dari jamaah lain itu lebih baik dsbnya...

Itu pendapat mereka. Pendapat saudara bagaimana? Lebih suka pendekatan tabligh.. Itu hanya pendapat saudara, tetapi tidak pada orang lain. Lain orang lain caranya.

----------
Masalah:
Ada yang mengatakan bahawa di dalam satu negara ini mesti ada satu jamaah sahaja? Bagaimana?

Jawab:
Itu pendapat mereka. Bukan pendapat orang lain. Dan ia bukan satu hukum yang tetap. Bergantung kepada keadaan. Jika keadaan dan maslahat memaksa untuk wujud satu jamaah sahaja, maka itulah yang perlu diputuskan. Kerana jamaah diwujudkan antaranya adalah agar kerja-kerja dakwah dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun lagi. Ia juga dapat meletuskan satu ledakan kekuatan untuk merobohkan jahiliyah dan kemungkaran. Ia bukan satu agama baru, atau mazhab baru.

Jamaah-jamaah Islam yang ada hendaklah bertabiat lengkap melengkapi antara satu dengan lain.

* Sekiranya kurang jelas, boleh teruskan dialog ini dengan kami.